Sunday, March 17, 2019

My 1st Umrah ❤️ - Umrah Musim Sejuk- Madinah Al-Munawarah (1)



Hi guys!

Now baru ada masa nak update my 1st umrah experience. Acah2 wanita bekerjaya busy bekerja.

For this umrah, mak awal2 dah request pi ziarah Madinah dulu, then only buat umrah kat Mekah. Memang la orang kata lebih afdhal terus buat umrah, but it really depends on individual. For us, kitorg sort of nak rest dulu sambil2 biasakan diri dengan cuaca and suasana kat sana.

06/01/2019

Flight chartered MAS; KUL - MED berlepas pada pukul 10 pagi. Awal2 pagi lagi kitorg dah gerak pi KLIA dari hotel kat Sepang tu. Biasalah parents iolls menggelabah terlebih punctual sikit ;p.
Solat Subuh pn kat KLIA tau. 

After Subuh and settled bagi luggage untuk checked in sume, kami berkumpul untuk sesi taklimat oleh pihak Andalusia.

Mixed feelings; excited, nervous and terharu sangat sebab ada jugak kawan iolls yg mai sampai kat airport. Thanks Ayo! Also Ainul & Mak Njang sekeluarga (mai kat hotel the night before hari berlepas). Terasa diriku begitu berharga. Tiberr..


Us with Mak Njang & Family 

Me & Ainul, my ex-schoolmate







While waiting for briefing from Andalusia
Rep.



Before taking off
Me, Acik Jah & Acik Tar



My fav view



Huge MAS double-decker airbus
MH 8005



The whole jemaah yg naik chartered flight MAS ni dalam 440++, semuanya under Andalusia and few sub companies under Andalusia as well,  such as Faizin, etc. Bila naik flight and dengar talbiah, it felt surreal! Like, seriously aku otw nak pi umrah??

The whole journey took us about 8 hours, since kitorg sampai sana waktu Zohor (Saudi time) so tak payah nak solat dalam flight, just jamak kat airport sana je. Sepanjang perjalanan macam biasalah, sis dengan my obsession with the clouds view. Dok tangkap gambar je. Then sambil2 tu banyak2kan berzikir, nak tengok movie rasa macam bersalah sebab melagho pulak. Nak pergi tempat baik ni. Ya Aulohhh!!Huhu..


















Sesampainya kat sana, macam biasalah kena lalu imigresen sume. Before pergi, sis dah baca blog and diorang dok advised banyak2an bersabar coz it took so freaking long at the immigration counter. Like soooo longggg wehhh.. Aku dok perati je Pak Arab buat kerja lenggang lenggok, lemah gemalai, kalau immigration kat Malaysia buat kerja seloww gini,  memang dah kena maki. Tapi sume orang pn sabaaarrrr je.. ;p Ujian pertama orang kata. Hahah..

Dalam 2-3 jam jugak la mereput kat sana weh. After dah settled with immigration thingy, mutawif suruh solat jamak kat prayer room airport. Settled ambik luggage, jemaah bergerak naik bas yang dah ditetapkan. For us, bas no. 4 under mutawif Ustaz Izat Salleh. Sementara tunggu bas bergerak, kami 'diserang' oleh sekumpulan Arabians yg bagi free simcard. Mula2 macam doubt jugak nak ambik, pastu ambik jela, just tunjuk visa, scanned your fingerprint and dah.. registered on the spot!

Then, bermulalah perjalanan ke hotel. Di Madinah,  despite of the package we booked  (whether budget or luxury package amboi.. luxury), semua jemaah under Andalusia stayed kat Hotel yg sama which was Hotel Mawaddah Al-Waha. Hotel ni is about 150m je dari Masjid Nabawi, so memang dekat jela nak pi masjid. Kami sampai hotel dekat nak Maghrib dah time tu. Since jemaah MH06 Januari ada dalam 440++ jemaah so bas all together ada 12  (if I was not mistaken), there came another wait. Nak kena tunggu dalam bas pulak. Ikut turn gituwww. Sume dah macam lapar, letih tapi sabar, sabar. Heheh..

Selesai letak luggage dalam bilik, kami pon ke dewan makan. Kebuloq wehhh!!





Otw to our hotel.
Subhanallah, in ❤️with the view!



























Tu diaa.. Waktu makan
Fefeeling zaman2 dok asrama




Kitorang just solat Maghrib kat hotel since dah tak sempat pi masjid. Isyak, barulah kami ke Masjid Nabawai. Ya Allah.. first time tengok Masjid Nabawi tu macam.. lawanya...!! Mashaa Allah.. Subhanallah. Frankly saying, setiap hari, setiap waktu, everytime sampai kat gate Masjid Nabawi tu tak pernah tak amazed dengan its beauty. Memang akan asyik je angkat phone and snap gambar buat kenangan :(

Finally.. Masjid Nabawi ❤️
A true beauty!



Teringat my bff a.k.a roommate:
Salwa





Masjid Nabawi's Interior



                                 
RAUDAH


Di Madinah, Raudah is one of the place yang sume orang akan looking forward untuk pergi. Dikatakan ia merupakan taman-taman syurga yang terdapat di dunia.
Siapa yang tak nak pergi woi!!


"Raudhah terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah
ianya betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nabi. Jarak rumah nabi dengan masjid hanyalah bersebelahan dan di antara ruang itulah digelar Raudhah
Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa dan untuk makluman korang, tempat ini diberikan nama Raudhah oleh Rasulullah sendiri"
From HERE.

So, masa ziarah 'dalam', ada 2 orang Ustazah  yang bawa kami, jemaah wanita masuk Raudah.
Bagi jemaah lelaki, diorang boleh masuk Raudah anytime and ruang lebih besar. But for jemaah wanita, limited time and limited space. So lagi mencabar la actually bagi wanita nak masuk ke Raudah ni secara logiknya. But fret not, Allah will always be there for you! Korang doa bersungguh-sungguh (dari Malaysia lagi) in shaa Allah dipermudahkan. Macam my mom and I alhamdulillah sempat masuk solat dan berdoa di Raudah 2 kali. Sekali yang masa ustazah bawak tu (waktu dhuha) and sekali lagi kami masuk sendiri, lepas solat Isyak.

Jemaah wanita yang nak masuk Raudah perlu melalui pintu Masjid Nabawi No. 25.





solat dhuha and berzikir sementara menunggu 'turn' masuk Raudah


                                 


kubah hijau: tempat terletaknya makam Rasulullah










Ustazah Rahmah, from Indonesia








Semakin dekat dengan  Raudah, semakin sebak
Sebab makin dekat dengan Rasulullah 






Actually, jalan ke depan lagi dari sini, Ustazah dah start suruh kami bagi salam kepada Rasulullah.
Even tengah bersesak-sesak dengan manusia dari segenap pelusuk dunia, satu perasaan bercampur baur terbit; sebak, terharu, gembira, sedih semua bercantum menjadi satu. Mana taknya, nak bagi salam kepada Rasulullah tercinta sobs..

Assalamualaikum Ya Rasulullah!
Assalamualaikum Ya Nabiullah!
Assalamualaikum Ya Habiballah!
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh!


Hajah Fhadzilah & Hajah Khadijah
sempat lagi wefie hihi




Karpet hijau tu menandakan dah masuk Raudah
Karpet merah belum considered as Raudah
So once dah pijak atas karpet hijau,
cepat2 solat sebelum ditolak jemaah or
dihalau oleh Pengawal Wanita sebab usually kita tak
dibenarkan berlama-lama di sana. tapi pandai2 la.. hehe

Seeloknya masuk Raudah ni at least berdua, so boleh bergilir-gilir solat. Macam my mom akan jadi 'jaga' masa sis solat. Lepas tu, kalau ada jemaah yg sibuk nak tolak2 nanti dengan garangnya mak iolls sebut: solat! solat! Amboi Acik Jah nampak je kecik tapi garang tau! And begitulah sebaliknya masa mak pulak yang solat iolls jadi 'jaga'.

First time, masuk ni kami sempat solat and doa sekejap je. Solat pn ala kadar je, nak sujud pun macam dah sujud atas manusia dah, selamat tak terpijak dan kena pijak je. Ya Allah! So korang boleh imagine sendiri la how chaotic it was in Raudah masa tu, and most of the time. Agak tak puas berada di Raudah so my mom and I planned akan masuk lagi Raudah by hook or by crook!



*sebak*

And after that, kami berkumpul di dataran Masjid Nabawi and Ustazah bagi briefing pasal Perkuburan Baqi'. Kami tak pergi pun, just tengok dari kejauhan. Di situlah telah dimakamkan sekitar 10,000 orang; sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan sebahagian daripada syuhada yang gugur dalam perang Badar dan Uhud. Ada juga isteri nabi ( Siti Áishah, Ummu Salamah, Juwairiyah, Zainab, Hafsah, Shafiyah dan Mariyah) serta putera puteri nabi; Ibrahim, Zainab, Umi Kalthum, Siti Fatimah dan cucu nabi; Hasan dikebumikan di sini.

Perkuburan Baqi' dikatakan perkuburan yang mulia. Satu riwayat mengatakan 'mereka' adalah antara yang pertama akan dibangkitkan di padang mahsyar:

Rasulullah saw. Bersabda : “Aku adalah orang pertama yang akan dikeluarkan dari bumi pada hari kiamat, dan aku adalah orang pertama yang akan dibangkitkan. Aku, Abu Bakar ra. dan Umar ra. keluar menuju pemakaman Baqi`, kemudian mereka semua dibangkitkan, lalu penduduk Mekah. Kemudian semuanya berkumpul memenuhi antara Dua Tanah Haram  Madinah dan Mekah).” (HR. Tirmidzi)

Dan dikhabarkan 70, 000 penghuni baqi' akan mendapat syafaat Rasulullah. Ya Allah! Semoga dapat mati dan dikuburkan di sana. Still ada 'vacancy'about 60,000. Hmm.. Ustazah juga ada mentioned yang jemaah Andalusia ada yang baru meninggal di Madinah dan dikebumikan di Baqi.. Allah!

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda “Barangsiapa yang mati di Kota Madinah hendaklah dia mati, sesungguhnya aku memberikan syafa`at bagi yang mati di dalamnya”.
Ada lagi sabda Rasulullah s.a.w yang mengatakan, “Barangsiapa yang mati di salah satu dua kota suci (Makkah dan Madinah) maka kelak dia akan dibangkitkan dalam keadaan aman pada hari Kiamat,”
Sangat dianjurkan untuk kita saat berada di Madinah berziarah ke Pemakaman Baqi’, mendoakan dan memberikan salam penghormatan kepada mereka, sebagaimana yang dilakukan Baginda Nabi Muhammad s.a.w berkata, “Assalamu’alaykum Dara Qaumin Mukminin, wa Inna Insyaallahu bikum Laa Hiquun, Allahumaghfir li ahli Baqi..” 
 “Assalamu’alaikum tempatnya orang-orang beriman, dan sungguh bila Allah menghendaki kami akan menyusulmu. Ya Allah, berikanlah ampunan untuk para penduduk Baqi’.”

To be continued..

No comments:

Post a comment